![Peminta](https://source.boomplaymusic.com/group10/M00/01/19/f39efa75b1644fee8a4b423060b81120_464_464.jpg)
Peminta Lyrics
- Genre:Hip Hop & Rap
- Year of Release:2023
Lyrics
Bakat yang diberi adalah satu kurnia
Berkat dalam meraikan anugerahnya
Selagi ada nyawa kan ku tetap usaha
Kerna aku tak mahu menjadi
Dalam alam yang penuh pancaroba
Dipaksa menjadi hamba abdi pada dunya
Matlamat hidup semakin tersasar
Yang baik, yang robek, semakin samar-samar
Melangkah keluar untuk mencari nafkah
Bertanya diri sama ada ia enough-kah
Menagih simpati, jauh sekali,
Bukan menolak rezeki, hanya mahu berdiri sendiri (berdikari)
Merangkak untuk bebas dari perangkap
Tersesak pabila mereka datang mencengkam
Cuba lawan walau dengan kemenangan yang kecil
Setiap langkah berkait tiada yang terpencil
Ubahsuai mengikut keadaan semasa
Gunakan apa di tangan tanpa rasa bersalah
Teruskan dengan tawfiq hidayah yang diberi
Sehingga yang lebih baik datang untuk menganti
Aku hanya meminta dari pencipta
Aku tak mahu menjadi peminta